dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Manong, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PEDi Manong – Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia PEDI Manong – 15 September 2022

16 September 2022 | Aktiviti Terkini

15 SEPTEMBER 2022 : PEDi Manong telah menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2022. Hampir 100 orang komuniti setempat telah hadir memeriahkan program sambutan tersebut. Pelbagai aktiviti dan pertandingan dijalankan. Antaranya adalah, pertandingan mendeklamasikan sajak kemerdekaan kategori terbuka, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam bertemakan Malaysia kategori kanak-kanak dan terbuka, dan pertandingan gubahan tuala bertemakan Malaysia.

Selain itu turut mengadakan jualan daripada golongan usahawan setempat, juga beberapa pameran dari pelbagai agensi antaranya, Perpustakaan Desa Lempor, PDK Nur Hikmah dan PERKESO.

Program sambutan berjalan dengan lancar dan program dirasmikan oleh Penghulu Mukim Senggang Manong En. Shamsul Anuar Bin Mustafa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.