dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Manong, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pi Pekan Manong - Kursus Pengendalian Pemakanan Untuk Usahawan Pekan Manong - 10 Mac 2019

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2019, Pi Pekan Manong telah menganjurkan kursus pengendalian Pemakanan untuk usahawan warga komuniti Manong. Tujuan program ini di adakan adalah kerana terdapat ramai permintaan daripada komuniti untuk mengikuti kursus pengendalian pemakanan. Kursus ini wajib diambil oleh usahawan yang melibatkan pengendalian dan penyediaan makanan ditempat kerja, kantin, kedai makan, gerai makanan, peniaga pasar malam/pagi dan juga perniagaan yang melibatkan makanan.

Oleh yang demikian pihak Pi Manong telah menjemput pegawai kesihatan terlatih dari Teluk Intan untuk memberikan kursus Pengendalian Pemakanan selama 2 Jam (9.00 am hingga 12.00 pm) serta penyampaian sijil Pengendalian Pemakanan yang telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini dihadiri seramai 20 orang peserta dari pelbagai latar belakang perniagaan makanan.

Selain daripada itu, sebelum kursus dimulakan, pihak Pi Manong telah memberikan sedikit taklimat berkenaan KDB kepada peserta. Maklumat berkenaan penipuan internet dan juga maklumat palsu telah diberikan sebagai panduan kepada golongan usahawan. Supaya mereka lebih bijak menggunakan internet dan juga cara mengelak daripada penyebaran maklumat palsu serta dapat mengelak daripada pelbagai penipuan internet yang berleluasa pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.