dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Manong, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Siri Jelajah Ekspresi Negaraku

16 April 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2017 telah berlangsung satu Siri Jelajah Ekspresi Negaraku anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar, Perak. Mereka telah menjemput Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk menyertai Jelajah Program Expresi Negaraku ke seluruh negara. Majlis Pelancaran Expresi Negaraku telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri di Putrajaya pada 18hb Mac 2017 di Dataran Putrajaya.

Sehubungan dengan itu Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Manong dan Padang Rengas telah menyertai program ini di atas nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dari 10 pagi hingga 1 petang. Antara aktiviti yang di jalankan di Booth Pusat Internet ialah pengenalan PI iaitu memberi Borang Kaji Selidik PI, tayangan video Klik Dengan Bijak bertajuk Check Your Label yang akan memberi tunjuk ajar dalam pemilihan alat komunikasi yang mempunyai label MCMC dan video KDB Online Grooming. Selain itu PI juga mengadakan permainan interaktif iaitu Kahoot Online dan juga Kuiz Silang Kata berkaitan Klik Dengan Bijak(KDB)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.