dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Manong, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Pelancaran Modul Bahasa Inggeris – Parlimen Kuala Kangsar

21 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Program Pelancaran Modul Bahasa Inggeris dibawah pelaksanaan oleh Parlimen Kuala Kangsar iaitu Datin Mastura Binti Dato’ Mohd Yazid telah dijalankan dengan jayanya pada 19 Mei 2017, jam 3 petang di PI Pekan Manong. Pelancaran ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Datin Seri Diraja Saripah Binti Zulkifli isteri kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Binti Abd Kadir. Dalam masa yang sama, pihak parlimen Kuala Kangsar juga mengadakan Perlantikan Sahabat seramai 5 orang yang turut disampaikan oleh Datin Seri Diraja Saripah Binti Zulkifli.

Seramai 21 orang pelajar dari pelbagai peringkat umur telah menyertai kelas Bahasa Inggeris pada hari tersebut. Kelas ini telah dijalankan sejak Februari 2017 lalu yang diajar oleh Cikgu Ahmad Kamaruddin iaitu Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Piol, Manong. Fokus utama kelas ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta mempelajari dan mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dengan menggunakan teknik santai bagi menarik perhatian para peserta menggemari kelas yang diadakan. Setelah hampir 4 bulan kelas ini dijalankan terdapat perkembangan positif kerana para pelajar terutama golongan dewasa mampu untuk berinteraksi dengan yakin dan berani dengan menggunkan Bahasa Inggeris sebagai penyampai Bahasa. Hal ini juga memberi kesan positif kepada PI Pekan Manong sebagai pusat pendidikan kepada warga komuniti setempat malah dalam masa yang sama menambahkan bilangan ahli dalam mempelajari dunia digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.