dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Manong, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kemahiran Keusahawanan Bersama Ahli Amanah Ikhtiar Manong

07 Jun 2017 | Aktiviti Terkini

Bertempat di Masjid Nurul Huda, Pekan Manong suatu program telah diadakan bersama Agensi Amanah Ikhtiar Malaysia, Kuala Kangsar. Pusat Internet Pekan Manong berpeluang bersama dengan warga ahli Amanah Ikhtiar Manong dalam berkongsi ilmu mengenai kemahiran keusahawanan terutama dalam bidang perniagaan secara atas talian. Seramai 40 orang ahli yang terlibat dalam ceramah yang diberikan oleh petugas Pusat Internet Pekan Manong.

Antara ilmu yang diberikan kepada para peserta adalah tentang teknik mempromosikan produk dari segi penggunaan media sosial sebagai teras utama, cara mengiklankan produk dengan pengunaan penggayaan bahasa untuk tarikan pelanggan, pendedahan masa yang sesuai untuk iklankan sesuatu produk dan teknik penggunaan gambar produk untuk iklan. Dalam masa yang sama, petugas PI turut mempromosikan tentang kewujudan dan kelebihan Pusat Internet 1 Malaysia terutama kepada para usahawan yang ingin memajukan diri dalam bidang perniagaan dalam dunia digital dengan melibatkan diri bagi setiap kelas yang ditawarkan oleh pihak PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.