dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Manong, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Advokasi KDB & Kelas Microsoft Words

11 Jun 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2017, PI Pekan Manong telah mengadakan dua aktiviti kepada pelajar sekolah iaitu para ahli dan pengunjung PI. Aktiviti pertama yang telah diadakan adalah Advokasi KDB iaitu penerangan dan kesedaran tentang penggunaan internet dengan “Klik Dengan Bijak”. Para peserta diberi pendedahan tentang kesan-kesan berkongsi secara berlebihan di laman sosial, buli siber dan maklumat palsu dengan menggunakan video sebagai gambaran yang jelas sebagai tauladan kepada para peserta.

Slot kedua, para peserta diberi pengenalan asas tentang pengunaan Microsoft Words untuk diaplikasikan dalam menyiapkan kerja sekolah khususnya. Antara initipati pembelajaran yang diajar kepada para peserta dalam Microsoft Words ialah cara penggunaan font, perenggan, cara mengambil gambar dari laman internet, edit saiz gambar, mengambil maklumat dari laman internet, cara simpan fail dan cara print file yang telah siap. Selepas pembelajaran tamat, para peserta dapat menggunakan ilmu yang diterima untuk diaplikasikan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.